Sunday, December 8, 2013

Pesta Penang 2013

Assalamualaikum & a very happy HELLO readers :)


Last night was extremely FUN ! tau tak kitorang pegi Pesta Penang. Pesta Penang ni dibuat sekali ja setiap tahun. Hujung-hujung tahun macam ni la. Waktu bebudak sekolah cuti panjang kan... Dalam pesta penang ni ada macam-macam la dalamnya. Kira macam FUN FAIR juga laa. Cuma dalam Pesta Penang ni banyak gerai-gerai. Gerai makanan, kasut, baju, wallet, belt, permaidani, bantal, selimut, casing phone, power bank dan baaaaaaaanyakkk lagi lah. & barang-barang semua tu dijual dengan sangat murah.. kasut cantik-cantik harganya RM50 ja. paling mahal pun RM75 ja. seriously.. Saya shopping juga. eheeh.. saya beli 2 helai baju jersi, casing phone yg hanya RM 10 dan sepasang kasut NIKE kuning yang saaaangat cantik dengan harga RM70 :)
                                 


                                   
                                     Ni lah kasut kuning NIKE tu. Cantik kan? kalau beli dekat
                                     mall konfem dah RM200+.



Btw shopping2 tu bukan part yang paling FUN tau.. yang FUN nya tu bila naik benda permainan apa ntah. Benda tu lebih kurang macam ni lah :


Yang benda kuning tengah-tengah tu. bukan ferris wheel yah. atau yg sebelah kiri tu ntah apa nama dia... Emm main benda ni serious besttt! at the same time rasa macam jantung nak tercabut juga laa. Benda ni berpusing 360 darjah okey. Some moments benda tu berhenti betul-betul dekat atas. Bayangkan people. Badan kita upside down tau! Rasa macam nak terpelanting kat bawah. Dah lah gayat sebab tinggi sangat kot. Tengok orang dekat bawah kecik2 semua. Btw saya rasa jantung saya dah memang jatuh kat bawah. Ahaah! Tapi serious best. kitorang TERIAK2 histeria ja time tu. Ahaaha! First time ever in my life naik benda ni & rasa NAK NAIK LAGIII ! please bring me again there somedayyy before the pesta closed. 

Ada banyak permainan dalam Pesta Penang tu around 8-10 permainan lah tapi kitorang sempat naik satu tu ja. Yalahh sebab ada kawanss yang dah naik CUAK tahap dewa dewi. Tak nak naik apa-apa dah. sampai temuntah2 lagi. Ahaaha! lagi pun mahal nak main benda2 tu. RM8-12 untuk satu permainan.

Ada lagi satu tempat menarik dalam Pesta Penang ni iaitu Taman yang berlampu2 bercahaya2 berwarna-warni saaaaangat cantik tau. Penuh ja tempat tu sepanjang masa. Yalah orang nak ambil gambar kan. Kami pun ambil juga.. Ni gambarss kitorang :)


Ni gambar saya dengan Jessica & Veronica :)


Haaaaa muka-muka gumbira kann...


Leo yang tengah peaceee tuu.. yg satu lagi tu Darwin. kesian dia dapat headache lepas main perahu putar2 tu. ahaaha.


Haaa yang ni pula Hasif. Begambaq dengan burung. Pose pun macam burung juga lah tapi macam tak menjadi jerrrr ahaaha. well dia bukannya burung kan.



Kesimpulannya, kitorang HAPPY gila! serious nak pegi lagi. ahaah! Korang kalau ada masa pun boleh lah berkunjung ke sini. Pesta Penang ni setahun sekali ja. Tak rugi pegi tau. Rasa excited dan enjoy tu sesuatu yang pasti!

2 comments:

  1. vortex kot yang pusing 360 darjah tu? haha syoknyaaaa pegi pesta penang :D

    ReplyDelete
  2. owhh Vortex eh nama dia? ntah la kak. eheeh. tapi sangat best! ahaah.. alaa akak pn boleh je pergi pesta tu :D

    ReplyDelete