Sunday, December 8, 2013

Pesta Penang 2013

Assalamualaikum & a very happy HELLO readers :)


Last night was extremely FUN ! tau tak kitorang pegi Pesta Penang. Pesta Penang ni dibuat sekali ja setiap tahun. Hujung-hujung tahun macam ni la. Waktu bebudak sekolah cuti panjang kan... Dalam pesta penang ni ada macam-macam la dalamnya. Kira macam FUN FAIR juga laa. Cuma dalam Pesta Penang ni banyak gerai-gerai. Gerai makanan, kasut, baju, wallet, belt, permaidani, bantal, selimut, casing phone, power bank dan baaaaaaaanyakkk lagi lah. & barang-barang semua tu dijual dengan sangat murah.. kasut cantik-cantik harganya RM50 ja. paling mahal pun RM75 ja. seriously.. Saya shopping juga. eheeh.. saya beli 2 helai baju jersi, casing phone yg hanya RM 10 dan sepasang kasut NIKE kuning yang saaaangat cantik dengan harga RM70 :)
                                 


                                   
                                     Ni lah kasut kuning NIKE tu. Cantik kan? kalau beli dekat
                                     mall konfem dah RM200+.



Btw shopping2 tu bukan part yang paling FUN tau.. yang FUN nya tu bila naik benda permainan apa ntah. Benda tu lebih kurang macam ni lah :


Yang benda kuning tengah-tengah tu. bukan ferris wheel yah. atau yg sebelah kiri tu ntah apa nama dia... Emm main benda ni serious besttt! at the same time rasa macam jantung nak tercabut juga laa. Benda ni berpusing 360 darjah okey. Some moments benda tu berhenti betul-betul dekat atas. Bayangkan people. Badan kita upside down tau! Rasa macam nak terpelanting kat bawah. Dah lah gayat sebab tinggi sangat kot. Tengok orang dekat bawah kecik2 semua. Btw saya rasa jantung saya dah memang jatuh kat bawah. Ahaah! Tapi serious best. kitorang TERIAK2 histeria ja time tu. Ahaaha! First time ever in my life naik benda ni & rasa NAK NAIK LAGIII ! please bring me again there somedayyy before the pesta closed. 

Ada banyak permainan dalam Pesta Penang tu around 8-10 permainan lah tapi kitorang sempat naik satu tu ja. Yalahh sebab ada kawanss yang dah naik CUAK tahap dewa dewi. Tak nak naik apa-apa dah. sampai temuntah2 lagi. Ahaaha! lagi pun mahal nak main benda2 tu. RM8-12 untuk satu permainan.

Ada lagi satu tempat menarik dalam Pesta Penang ni iaitu Taman yang berlampu2 bercahaya2 berwarna-warni saaaaangat cantik tau. Penuh ja tempat tu sepanjang masa. Yalah orang nak ambil gambar kan. Kami pun ambil juga.. Ni gambarss kitorang :)


Ni gambar saya dengan Jessica & Veronica :)


Haaaaa muka-muka gumbira kann...


Leo yang tengah peaceee tuu.. yg satu lagi tu Darwin. kesian dia dapat headache lepas main perahu putar2 tu. ahaaha.


Haaa yang ni pula Hasif. Begambaq dengan burung. Pose pun macam burung juga lah tapi macam tak menjadi jerrrr ahaaha. well dia bukannya burung kan.



Kesimpulannya, kitorang HAPPY gila! serious nak pegi lagi. ahaah! Korang kalau ada masa pun boleh lah berkunjung ke sini. Pesta Penang ni setahun sekali ja. Tak rugi pegi tau. Rasa excited dan enjoy tu sesuatu yang pasti!

Friday, December 6, 2013

Result JPA

Assalamualaikum & Haiiii readers! ;)


Hari ni merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh bebudak universiti especially budak first year yand ada memohon Biasiswa JPA. Yalah, kan hari ni pukul 5 ptg result JPA keluar (setelah 15 hari ditunda dari tarikh permulaan pemberitahuan keputusan). So setelah selesai ja solat asar jemaah dkt surau desiswa Tekun USM, mula lah perasaan debar dup dap dup dap tu. Takut kot2 nanti tak dapat kan. Dah lah aku ni takda apply PTPTN. ni kes malas nak berurusan la ni. Ahaaha. Tp serious kot, dorang hari tu byk sangat urusan PTPTN sampaikan aku pun naik headache tengok dorang.

Alright people so how was my JPA scholarship result ??? SYUKUR ALHAMDULILLAH... Allah bagi rezeki lagi. Permohonan saya diluluskan :)



Masa dapat result ni memang hati happy berbunga2 weii. Bolehlah buat list barang2 yang nak dibeli tanpa fikir bajet kan?? ahaahha. Astaghfirullah Ya Allah jauhkan aku dari sifat syaitan ini ya Allah.. Btw lepas dpt result ni terus call parents yg duduk nun jauh di SABAH BUMI TERCINTA sana. Seronok dapat bagi mereka gembira. Dapat lah sedikit sebanyak meringankan beban mereka menanggung perbelanjaan aku dekat sini kan :)

Anyways bagi sesiapa yang ada memohon dan belum cek lagi korang boleh lah cek kat SINI ni ye :)

Tapi kan peolple, aku hairan juga la dengan JPA ni sebab ramai gila coursemates aku yang tak dapat. & yang lebih mengejutkan lagi beberapa orang dari mereka tu result power 4 Flat okeyy.. yg 3.9+ tu pun banyak juga. Then kitorang course Farmasi. Dulu kemaiiiin senior bagitau dgn yakinnya "korang tak yah risau pasal Biasiswa JPA tu sbb korang course farmasi konfem dpt punya. yang penting apply ya adek2".. Haaaa habis tu yg terjadi sekarang ni siapa nak jawab?? ( cehh mcm marah jeww ).. Takde lah tapi serious aku kesian tengok kawan2 aku yg tak dapat including my roomate yg baik hati gila. Rasa bersalah pula aku sbb excited happy depan dia then sekali dia cek, dia tak dapat :((((((( It's okeyyy kawansss ! seniors kata still boleh buat rayuan dan selalulnya AKAN diluluskan. Hopefully la kali ni senior ckp betul.




Thursday, December 5, 2013

I am 1 121 miles awaayyyy from HOME !

Hello readers!

Tengah2 malam buta mcm ni rasa nak membebel pula kan.. hmm.. not so much things to talk actually.. there's just this feeling come across me right now, the feeling of missing home.. Dulu waktu matriks bukan main lagi tak nak isi UMS sebab dekat sangat dengan rumah. Then tak dapat chance naik kapal terbang. Sama juga dengan UNIMAS. Still dalam pulau Borneo ni. So, dalam borang UPU tu memang takda langsung lah "mamat" 2 orang tu... Last2 masa result UPU tu keluar dapat UKM & USM. Happy gila sebab akhirnya dpt travel jauh ke tempat orang. Dapat naik kapal terbang ( punyala ni benda ).. I ended up choosing USM. First time pergi memang excited gila lah. Di mana2 pun senyuuummm ja. Adehh..

Sekarang ni dah lebih kurang 3 bulan berada di sini. Rasa excited masa mula2 tu berubah, berubah jadi rasa sunyi. Apa yg saya boleh katakan is that I still could not make this place as HOME. seriously. Berbeza sangat dengan matriks hari tu. Dekat matriks tu, Allah, bahagia sesangat hidup. Kawans kemaiin satu kepala. Suka dan duka diharungi bersama tau! btw, rasanya "duka" tu kurang sangat. Kitorang mcm sentiasa happy ja.. fuhh rindu setengah mati dengan matriks life :'( 

Back to my life here in USM. Well, nak katakan environment, tak juga sebab bukannya jauh beza sangat pun dengan HOME di Sabah. Kawan?? weiiii kawan is everywhere around me. Tapi still rasa macam ada something missing. Still tak dapat figure out apa dia. Yang merisaukan is that I still have to stay here for the next 3 and a half years! kalau berterusan mcm ni boleh naik sinting saya weiii :( Saya tahu merungut2 macam ni memang sikap yang tak baik. Well saya juga manusia yang inginkan kehidupan bahagia. It's okey laa. I'll just keep praying to Allah. May Allah shows His Arrahim :)



P/S : Bulan depan balik Sabah dah. weeeee ^_^




Monday, December 2, 2013

The COMEBACK !

Hello people ! Fuyooo lama gila dah tak update blog. Serious. Ahaaha. Jgnkan update, visit untuk yang kali terakhir pun ntah bila. LOL.. Btw guys, I won't use the title for nothing now. yeah the COMEBACK.. Gonna update this blog more often this time.. Previous post pun dah lama gila. 2011 tu.. skrg ni lagi sebulan masuk dah 2014. Ahaaha.

Okey now let me introduce to you who the hell is MOHD IKMAL. What and how he's doing currently. Right, sekarang ni umur dia dah 19 tahun. Baru ja entered university bulan 9 hari tu. Dkt mana? dkt USM. Hee~ sebelum tu dy study dekat KML (kolej matrikulasi labuan). Alhamdulillah dgn berbekalkan result yg cukup bagus dapatlah masuk USM ambil course Farmasi. Siapa yg nak jadi Farmasis nnti ni angkat tangan show your ketiak bucuk!! aishh joke2 =D Btw kitorang yg ambil course farmasi tahun pertama skrg ni sngt kesian. Why?? sbb hanya 21 org ja lelaki out of 115 students overall. && only 10 of us yg malay & bumiputra.. ada 4 org ja dari Sabah yo! sy special sbb hanya sy sorang pure KADAZAN DUSUN dlm course farmasi USM. Dari 1st - 4th year tau ! haaa *mcm minta tumbuk*

Bha itu2 lah dulu kan. cukup2 lah dulu sesi "ice breaking"nya. Ahaaha. Okeyy see u guys in the next post =)